Alkisah

Blog nie bermula bila ada sorang kawan baik aku minta aku buat satu personal blog tuk dikongsi bersama.Blog nie tercetus disebabkan keinginan untuk berkongsi apa saja dengan sapa saja yang sudi menyinggah @ tersinggah @ buat nak singgah untuk membaca cetusan hati aku.

Sunday, June 5, 2011

I'm Not Single Anymore


Salam my friend..kali nie aku nak announce yang status aku dh berubah..n sluruh hidup aku pun telah berubah..Alhmdulillah tanggal 30 Mei 2011 bersamaan hari Isnin, aku telah lulus dengan jayanya menyunting permaisuri yang telah menjadi Isteri kepada aku. Nurulhuda Munirah nama diberi, tetapi aku masih tak percaya yang aku telah menamatkan zaman bujang ku..hehe..

Kisah aku bermula penghujung tahun lepas, selepas single hampir 3 tahun..aku hanya berdoa kepada Allah agar dipertemukan dengan insan yang baik dan beriman kepada Allah untuk dijadikan sebagai isteri ku. Alhmdulillah, jodoh yang aku tunggu selama ini muncul dengan tidak disangka2..pertengahan bulan 11 2010 ayah aku datang ke Shah Alam dari Kedah bagi memenuhi jemputan, telah membawa kabar gembira kepada ku. Ayah aku cakap.." Bullah, ada orang nak berkenalan ngan ang..", aku pun balas balik..."mai tgk FB dulu mai.."...tapi selepas tengok FB aku masih tak pasti ngan diri aku...ye la, aku nie pa la sangat berbanding si dia yang digelar "Hafizah" and Ustazah..so aku bermunajat dengan Allah agar bimbing aku untuk membuat keputusan yang tetap..

Tepat 1 Januari 2011, aku membuat keputusan untuk terima si Dia sebagai pilihan aku...ye lah, tak kenal maka tak cinta..so aku memberi peluang kepada diri aku untuk lebih mengenali si dia..Alhmdulillah selepas hampir 3 bulan berinteraksi dalam FB, akhirnya aku membuat keputusan untuk bertunang pada 13 Mac 2011..Aku macam tak percaya yang aku dh jadi tunangan org..Sejak bertunang baru aku ada no. telefon si dia. Si dia nie keje kat Limbang, Sarawak..so agak sukar mula tu nak berhubung, hanya SMS n FB ja perhubungan kami. Tapi berkat restu keluarga, Alhamdulillah tak da pa2 masalah sepanjang pengenalan kami.

Aku mula tu rancang penghujung tahun nie nak melangsungkan Majlis Akad dan Kenduri Kawen skali, tetapi atas permintaan pihak si dia, aku terima untuk Kawen Gantung...maksudnya Nikah dulu kenduri kemudian..So, tanggal 30 Mei 2011 baru nie..Alhamdulillah, aku berjaya melafazkan qabul dengan 2 kali akad...tu yang wat spoil sket tu..hehe..pa pun semua dah selamat...keluarga aku pun gembira sebab aku dah kawen, dan keluarga si dia pun gembira sebab dapat menantu macam aku nie..hehehe..akhir kata, kepada kawan2 yang belum berkahwin..cepat2 la kawen na..nikmat perkahwinan tu cukup besar,jgn pikir nikmat yang tu ja..banyak lagi nikmat selepas hidup berpasangan nie...hehe..
Posted by Picasa

2 comments:

A d i n d a K u R a t u said...

Yuhu..tahniah tahniah...dah jadi suami org ang na..Apa2 pn aku doakn semoga bahagia selalu n semoga menjadi suami yg soleh...InsyaAllah..

che rus said...

tahniah....akhirye update gak blog...hehe..